Thursday 17 November 2016



Next destinasi adalah Muzium sabah yang terletak di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Muzium sabah merupakan muzium terbesar di Sabah. Apa yang menarik ada di sini ialah di dalam kawasan muzium ini dibahagikan kepada beberapa Kompleks lain, antaranya Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah danMuzium Tamadun Islam. 

Kalau anda perasan dulu saya dah pernah cover mengenai Muzium sabah ini boleh rujuk entry Sabah Trip: Muzium sabah (Klik sini) boleh baca di sana penerangan serta lnfo secara detail ada di sana.

Pemandangan di Kampung Budaya, pelbagai rumah etnik sabah ada dipamerkan di sini. 


Pelbagai pameran disediakan meliputi aspek budaya, Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi pameran Arkeologi, Senjata tradisional dan busana Di dalam Muzium ini juga menempatkan instrumen muzik, dan peralatan ritual. Saya kurang pasti muzium ini mempunyai beberapa tingkat bagunan tapi yang pasti ini antara muzium yang terbesar pernah saya lawati, tidak termasuk ke bahagian lain seperti di kawasan Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah, Muzium Tamadun Islam, bayangkan berapa besar keluasan Keseluruhan muzium ini. 


Harga Tiket Masuk Ke Muzium Sabah

Tiket berharga RM2 bagi warganegara Malaysia dan RM15 untuk warganegara asing. Bagi warganegara yang berumur 55 tahun keatas, kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelawat kurang upaya dan pelajar berpakaian seragam atau kad pelajar adalah PERCUMA 

No comments:

Post a Comment