Thursday 17 November 2016


Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah

Destinasi seterusnya yang boleh anda lawati di Kota Kinabalu ialah Muzium Marin UMS, Sabah terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah, alang-alang sudah masuk ke UMS terus sahaja mencari Muzium Marin ini, dikenakan bayaran untuk masuk. Apa yang saya boleh komen sangat beruntunglah bagi anda yang menyambung pelajaran di saya sudahlah view universiti  sangat cantik mengadap laut! Kalau tak Dekan setiap sem tak tahulah, siap ada muzium lagi!

Di dalam muzium ini dipamerkan pelbagai jenis ikan dari sekecil ikan Memo sehingga sebesar ikan Kerapu dan shark. Antara ikan yang termahai dipamerkan di dalam muzium ini adalah daripada spesis Napolean Wrasse yang panjangnya setengah meter dan kerapu gergasi yang berukuran satu meter panjang. Ikan-ikan ini merupakan antara ikan yang mahal harganya dan dijual di pasaran Hong Kong pada harga RM200 sekilogram!

No comments:

Post a Comment